Thursday, January 29, 2009

Wedding Day

Tanggal 02 June 2006-Jumaat

Pada Tarikh inilah aku sah menjadi isteri orang. Aku nikah kat surau rumah aku. mula-mula nak nikah kat rumah jer. tp tiba-tiba kadi suruh nikah kat surau sbb ada org kampung sebelah nak tumpang nikah sekali. so terpaksa la aku bernikah kat surau. tapi yang bestnyer bapa aku yang nikahkan aku sendiri..mcm tak caya jer la. he he he. Aku kawin Masa umur aku 25 tahun. Sekarang nie aku rasa macam awal jer aku kawin sbb byk benda lagi yg aku tak buat. al-maklum la bila dah berdua nie nak wat apa2 tu ssh la skt. tp apa pun aku terima jer..mungkin ada hikmah la disebaliknyer. sedar tak sedar nak nak masuk 3 tahun dah aku berkahwin dan alhamdullilah aku dah pun mempunyai seorg cahaya mata.

Majlis Akad Nikah

Tanggal 03 June 2006 - Sabtu
Pada tarikh tersebut maka bermulalah majlis di rumah aku. Dbaran ihati hanya tuhan saja yg tahu. Ditambah pula pak andam yg datang lambat menambahkan lagi keresahan dan kegelisahan hati ku. Tepat jam 2.00 peteng aku bersanding. Ramai jg lah undangan yg datang pada majlis aku kali nie. Tema aku dah semestinya hijau. tak tau la sbb aku mmg suka warna hijau masa tu tapi sekarang aku rasa aku dah suka warna lain la pulak.. tu la org kata hati aku nie berubah-ubah. Dah temanyer hijua, so adik beradik serta saudara-mara aku sudah semestinya pakai warna hijau jg..apa pun yang berlaku. Aku rasa gembira sebab semuanya berjalan dengan lancar. Mudah-mudahan Allah memberkati perkahwinan aku ni. Walaupun aku tau banyak onak dan ranjau yang terpaksa aku tempuhi di alam perkahwinan ini.






















Aku tetap aku


First of all aku nak cite seba sikit ttg diri aku.. Aku dilahirkan pada 16 July 1981. Aku ni kiranya anak jati Perak la. Blaja pun kat Perak smap la keje pun kat Perak la jg. Diam tak diam umur aku dah nak masuk 28 tahun. mcm tak caya jer aku dah nak masuk 28 tahun terlalu cepat masa berlalu umur dah nak masuk 28 tahun tapi perangai aku ttp tak berubah. still maintain mcm nie jg. sbb tu la member2 aku cakap aku nie still perangai mcm dulu jg. sampaikan aku dah kawin nie perangai aku still sama gak. kadang2 org kata aku mcm tak kawin lagi. bagi aku, bila aku dah kawin itu semua bukan penghalang untuk aku berubah menjadi lain. aku tetap aku. tapi perangai tak senonoh masa bujang tu tak la aku bawa bila dah kawin nie..sikit tu ada la.he he he..

Aku bersekolah di Sek Ren St. Bernadette's Convent Batu Gajah dan sekolah menengah aku pun still kat Convet jg...Bila aku tamat SPM aku tak dapat sambung blaja ke U jadi aku pun sambung la ke form 6. Yea la mmg cite2 aku nak sambung form 6 nie. masa aku form6 aku bersekolah di sekolah Sultan Yussof. Wah merasa jg ler aku bersekolah di sekolah yg famous nie.bukan senang nak dapat blaja disekolah ni. Tapi aku cuma sempat blaja smapi lower6 je sbb tahun berikutnya aku dapat sambung blaja kat UITM. Masa mula-mula tu aku mmg tak suka Blaja kat UITM.. bukanyer apa aku nie dah la tk pandai BI kat UITM semua subject dalam BI mana la aku blh nak blaja. smapaikan bila aku dah masuk UITM, aku nak berhenti. tapi mujurlah mak aku bg kaunseling kat aku tuk sambung blaja. dalam taknak blaja tu akhirnya aku grad jg dari UItm..Lulus jg aku dalam semua subject. tu la berkat doa kedua ibubapa aku..akhirnya tamat jg aku blaja.best juga uitm nie. bila dah hbs rasa nak rindu sgt pada UITM, kawan-kawan aku lagi la. Bila dah habis blaja apa lagi cari keje la...

akhirnya.....

Assalamualaikum...
Akhirnya...aku ada blog aku sendiri. tak pernah aku bermimpi akan ada blog sendiri sebab aku rasa macam malas jer nak wat blog nie, selalu aku akan tgk blog org jer tapi tetiba aku rasa mcm nak buat la pulak blog aku sendiri. Ini pun gara-gara bes fren aku sorang nie Ikeen. Dia la yg byk bantu aku buat blog nie, tanpa dia aku rasa aku mmg takde blognyer. Time kasih yea ikeen ko sanggup ajar buat blog nie.
Aku pun bukan pandai sgt nak buat blog nie..Tapi aku cuba la buat yg terbaik utk blog aku nie.