Tuesday, February 24, 2009

Gemersik Choir

Sempena majlis ini, kumpulan koir kami telah dijemput untuk menyampaikan sebuah lagu...lagu Negaraku jer pun. kebetulan kitaorang baru jer siap uniform baru utuk kumpulan koir kami, jadi apa lagi melaram la kami baju baru ari nie. tapi yang bestnyer cuma 14 orang jer yang terpilih dari 32 ahli so 14org nie jer la yang merasmikan baju baju koir kami. Ahli koir kami nie pantang bergambar, semuanya mesti nak possing maut punye, yeala semuanya kaki bergambar belaka. Apa pun kumpulan koir kami semuanya sporting-sporting belaka tak kering gusi kitaorang kalau dah berjumpa tu, macam-macam ragam yang ada, sampaikan ketua kitaorg pun kadang-kadang tak larat nak melayan kerenah kitaorg. Disini aku postkan gambar-gambar yang sempat kitaorg possing.....apa-apa perkembangan terbaru kitaorg akan aku citekan kemudian..

Pakaian rasmi koir jkn

3rd Perak Health Conference

Majlis Perasmian 3rd Perak Health Conference

Persidangan doktor-doktor seluruh Malaysia telah dianjurkan di Hotel Casuarina Park Royal pada 23 - 25 Febuary 2009. Majlis ini dianjurkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Perak dan diuruskan oleh Unit Kesihatan Awam. Majlis yang meriah ini dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia YB Datuk Dr. Hj. Abdul Latiff Bin Ahmad bersama dengan Setiausaha Menteri Kesihatan YB Tan Sri Ismail Merican dan dif-dif kehormat. Para wartawan juga telah dijemput untuk memeriahkan lagi majlis tersebut.

Friday, February 20, 2009

Les'Copaque - Upin & Ipin

Upin & Ipin

Pada hari Valentine 14/02/2009 aku dengan husband dan anak aku punya la excited nak tengak filem Upin & Ipin. Tapi sebenarnya aku yang lebih-lebih excited lagi. so pagi-pagi lagi husb aku dah gi booking tiket kat TGV. Punya la seronok aku dapat tengok cite Upin & Ipin.

Tiket pukul 5.00 petang. punya la ramainyer orang yang nak tengok cite ini yealah untuk tontonan seisi keluarga. Start jer cite nie memang dah kelakar dah. boleh dikatakan sepanjang tayangan filem nie memang tidak membosankan asyik ketawa jer melihat telah geng serta Upin & Ipin ini. Aku memang suggestkan pada kengkawan semua, eloklah gi support filem nie memang best. Kalau tak best masakan 4hari tayangan kutipan dah mencecah 1.75 juta mengalahkan filem dari barat lagi. seminggu tanyangan mencecah 2juta. uuhhhh taniah diucapakan pada team Les'Capaque. So kawan-kawan apa lagi jom kita tengok cite nie. Betul betul betul.........ceh..siap tolong promote lagi.


Thursday, February 19, 2009

JKN


Inilah tempat aku mencari rezeki setiap hari





Wednesday, February 18, 2009

TeLatAH sI KeciL

Gambar semasa sedang bermain & besday setahun

Gambar semasa bercuti di Bukit Tinggi, Genting Highland & Cameron Hihgland

Tuesday, February 17, 2009

LANTERA HATI


NuR auNI YaSMinE

Inilah buah hati pengarang jatung aku. Sedar tak sedar nak masuk 2 tahun dah anak aku nie. Dialah pengubat hati yang lara, pengukuh hubungan aku dan husb.

Nur Auni Yasmine. Papanyer panggil auni tapi aku panggil yasmin. Itu lah panggilan aku pada anak aku nie. Anak aku nie memang seorang yang cergas dan aktif. dia nie memang seorang yang tak duduk diamnyer. kadang-kadang aku tak rasa dia mcm baby girl sebab ragamnyer macam budak lelaki.. sebab tu la kdg2 org tgk muka anak aku nie pun diorg kata baby boy...nak tergelak juga aku bila dengarnya..sebab kadang2 tu aku dah pakaikan dia skrit pun org igt dia boy. heran la aku. tapi apa-apa pun dialah penghibur aku dirumah.

memang penat nak melayan dia nie..



Monday, February 16, 2009

BALI

BALI - INDONESIA - 14/06/2006

Ini ler first time aku menjejak kaki ku ke negeri orang. Gementar tu jgn kata. tapi seronok betul melawat negeri org nie. Macam-macam kita dapat lihat. Bali ialah destinasi honeymoon aku. Wah bestnyer bila dah sampai sini. mmg betul penduduk disini ramah-ramah belaka. so takde la rasa takut sgt. First time aku naik kapal terbang di LCCT , perjalanan dr LCCT ke lapangan Denpasar mengambil masa 2jam setengah. lama ler jg. Mula-mula naik tu rasa ler takut. mana ler tau tiba terhempas ler pulak. ha tak pasal jer masuk berita lak nanti. Tapi masa aku pergi dulu byk jg ler couple yang pergi honeymoon masa tu..so mcm best ler lagi. kat Bali nie macam-macam la tempat yang aku lawati. Tapi yang paling bestnyer aku dapat merasa scuba diving nie..wah best betul..cantik sungguh pemandangan dalam laut nie, siap bagi makan ikan lagi...lepas tu malamnyer lak aku makan lobster. mmg sakan la aku rasanyer bercuti disini..mmg ini pengalaman yang tak dapat aku lupakan. macam-macam la tempat yang aku lawati. hampir keseluruh bali la aku melawat. Aku harap suatu hari nanti aku berkesempatan untuk melawat kesini lagi. pantai yang cantik sentiasa mengamit kedatangan orang ramai. Boleh dikatakan pelancong mmg sentiasa memilih bali sebagai tempat percutian kerana bermacam-macam aktiviti yang boleh dilakukan disini terutamanya yang gemar surfing, pada waktu senja pula, boleh melihat matahari terbenam. mmg cantik suasana di Tanah Lot sewaktu matahari terbenam. Disamping ombak yang sentiasa menghempas pantai seolah-olah mendamaikan jiwa dan perasaan.