Monday, June 29, 2009

arrrghhh......

arrggghh....esok aku exam..dah la 3ari lak tu.....aduh...tension ler jg...kertas exam susah-susah lak tu. aku ingatkan dah keje nie takde la nak exam-exam dah..ingatkan masa blaja dulu jer kena ambik exam nie..tup tup dah keje nie pun kena ambik exam lagi..mak aii sampai ketua la asyik exam jer...yang paling susah kertas undang-undang lak tu...nasib ler yang tu kertas akhir sekali..dah la masa cuma 2jam jer...mana ler sempat nak jawab..dah la bila baca buku undang-undang nie susah nak faham ayatnyer..berbelit-belit nak faham maksudnyer..aduh..2ari baca buku undang-undang pun tak leh nak faham juga...tension betul la...ari nie aku baca buku untuk kertas esok dengan lusa..mintak-mintak la aku boleh jawap semua soalan nanti...aku dapat tempat kat komplek islam..kat situ dah la susah nak parking kereta dengan sesak lagi..mau kelam kabut dibuatnye...

bedebar sungguh lak jantung aku nak ambik exam nie..sebelum ni punya exam takde la sampai bedebar jantung aku nie....yea la 3ari mana la tak bedebar jantung..susah lak soalanyer..tapi nasib ler boleh baca buku..kalau soalan tu nanti aku tak jumpa jawapannyer..alkisahnyer jawapan aku sendiri jer la..ikt logik akal..kuang..kuang..kuang....cam best jer nak wat jawapan sendiri..tapi janji ada jawapan..mana ler tau jawapan tu mengena ker..untung ler badan..he he he he....he..

apa pun esok aku tetap kena gak ambik exam kpsl nie...mana ler tau kot-kot aku lulus ketiga-tiga paper nanti...leh la aku minta jawatan lain lak..yea la yg lebih tinggi sikit la...
so...may god bless me...gud luck for me and i will do the best for may exam...
bubai.....

Monday, June 22, 2009

Chinese Tantra Totem

THE FOLLOWING IS A CHINESE GOOD LUCK TANTRA TOTEM.

PERTAMA.
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

KEDUA.
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.

KETIGA.
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu

KEEMPAT.
Apabila kamu berkata, " Aku Cinta Padamu", maka tunaikanlah.

KELIMA.
Pabila mengatakan, "Maaf", tenunglah matanya.

KEENAM.
Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.

KETUJUH.
Percayailah cinta pandang pertama.

KELAPAN.
Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.

KESEMBILAN.
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.

KESEPULUH.
Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.

KESEBELAS.
Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.

KEDUABELAS.
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.

KETIGABELAS.
Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,"Kenapa anda ingin tahu?"

KEEMPATBELAS.
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.

KELIMABELAS.
Ucaplah "Semoga anda diberkati" apabila mendengar seseorang bersin.

KEENAMBELAS.
Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.

KETUJUHBELAS.
Berpeganglah kepada tiga R:
Rasa hormat pada diri sendiri;
Rasa hormat kepada orang lain;
Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda

KELAPANBELAS.
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.

KESEMBILANBELAS.
Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.

KEDUAPULUH.
Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.

KEDUAPULUH SATU
Ada ketikanya anda perlu bersendirian.

Wednesday, June 17, 2009

Cabaran hidup

Dugaan...itu yang sering melanda diri setiap insan yang bernama manusia..tidak akan terlepas seorang pun setiap insan didunia nie mengalami dugaan...baik yang bujang atau yang sudah berkahwin, remaja ataupun dewasa, tua mahupun muda...setiap orang akan mengalaminya...
Dugaan itu sesungguhnya membuat kita berfikir pada diri, keluarga atau pun yang maha Esa.. menghadapi dugaan nie tidaklah semudah yang disangkakan..ada orang tidak mampu dan tidak sanggup menghadapi dugaan yang melanda..sampaikan ada yang sanggup melakukan tindakan diluar batasan akal dan agama...aku memohan agar yang Esa menjauhi aku dari melakukan perkara yang dilarang oleh agama..
Ujian yang mendatang kadang-kadang bila aku fikirkan aku tak mampu untuk menhadapinya..terlalu macam dugaan dan ujian yang terpaksa aku tempuhi demi bergelar seorang insan yang biasa..mengapa harus kujalani keadaan yang sebegini...mengapa aku yang diuji sebegini..persoalan ini sering berlegar-legar dia minda ku nie..tapi sebagai insan aku patut terima dan redha dengan ketentuanya..ini semua adalah qada dan qadar yang telah ditetapkan sejak azali lagi...kadang-kadang terlupa juga aku dengan semua tu..tu yang membuat aku sering merungut...tetapi apabila aku tersedar dari khayalan itu...barulah aku tahu..yang Esa tu sedang menguji ketabahan dan kecekalan aku yang bergelar seorang insan...sebenarnya yang Esa itu tahu akan ketabahan dan kecekalan setiap insan tu untuk menhadapi ujiannya..Aku pernah mendengar beberapa ayat yang menyebut...sesungguh nya ujian dan dugaan yang diberi oleh Allah s.wt. tu adalah bersesuaian dengan umatnya...setiap ujian yang diturun itu, mampu dihadapi oleh insan tersebut..cuma cara dan bagaimana untuk mengatasinya kita kenalah berusaha dan berfikir...tah la..ayat itu lah yang akan aku ingatkan apa bila aku rasa terbeban sgt dengan masalah yang aku hadapi...
Tidak kira betapa byknye dugaan dan ujian yang melanda dlm hidup ku aku harus yakin dan tabah menghadapinya...perjalanan hidup ku yang masih panjang...hanya masa dan waktu yang akan mendewasakan dan mematangkan diriku...wahai dugaan ..wahai ujian bimbinglah aku menjadi seorang wanita yang solehah serta muslimah yang sejati...amin amin ya rabal alamin.....

Friday, June 5, 2009

i'm insane

Kurang dah aku updatekan blog aku bulan lepas, tah la...sebenarnya ada benda yang aku citekan tapi kemera aku hilang..so gambar-gambar yang aku nak tangkap tak dapat la..
Aku ingin meluahkan apa yang aku rasa dalam 2-3 ari..luahan perasaan la...aku rindukan dia..berkali-kali aku ingin lupakan dia tetapi dia tetap akan hadir dalam mimpiku atau dalam ingatan ku..aku pun bingung...macam hari nie..hatiku membuak-buak rindukan dirinya yang jauh di sana...aku tahu itu cuma sia-sia sahaja tapi hati dan perasaan sukar untuk aku mengertikan..telah beberapa kali aku cuba lupakan dia..bila aku lupakan dia dia akan muncul kembali mengingatkan aku padanya kembali....itu membuat aku teringat kembali pada dia..aku rasa aku macam tak boleh buang terus dia dari hidupku...tp mengapa suratan aku dengan dia begini..aku tahu dan percaya pada qada dan qadar AllAH, tapi ianya tetapi tidak dpt ku elak dan kadangkala bermain-main di fikiran ku...dia hadir bagaikan mentari dan berlalu bagaikan angin....akan kembali pada masa yang tidak aku inginkan kadang-kadang. aku pun tak tahu mengapa hati aku jadi begini...pada siapa ingin ku luahkan rasa hati ku ini ..
Wahai rindu yang mengcemkam hati pergilah kau dari dlm sanubariku..hilangkanlah rinduku padanya...wahai mentari bawalah sinar cahaya mu yang terang kedalam hati ku ini...wahai sang pelangi bawalah kegembiraan dan keceriaan dalam hidupku ini...wahai angin bawalah pergi lara hati ku ini...wahai sang bayu berilah kedamaian dan ketenangan dlm hati dan perasaan ku ni...
Rinduku ini aku ku simpan jauh kedalam kedalam lubuk hatiku ini...akan ku kunci dan biarlah ia berkurung didalam sana...kerana rinduku padanya tidak akan ada penghujungnya..biarlah dia tidak mengetahui rindu yang bersarang dalam hati dan jiwa ku ini..semoga ianya kekal nun jauh disana..tidak menganggu hatiku yang sentiasa bergelora dan dilambung badai kehidupan... pergilah kau terbang jauh..jauh dari diriku in......salam di angin lalu...adios..ish labesh dosh...