Monday, March 16, 2009

Melaka Bandar Bersejarah

Pada 7 - 9 Mac 2009, CIMB Bank tempat husband bekerja mengadakan program family day. so husband aku yang suggestkan buat family day tersebut di Melaka, memandangkan GM hotel tersebut member husband aku, dapatlah special price. Punyalah seronok dapat bercuti. lagipun aku nie memang kaki berjalan. macam rasa lama pulak tak g bercuti. sedangkan baru jer bulan 12 tahun lepas aku g bercuti. semua keluarga berkumpul di kampar pada pukul 6.45 pagi tapi aku dgn husband family terakhir sampai pukul 7.30 pagi. bukanyer apa yasmin tak berapa sihat sgt. dah la tu malam pulak tak berapa tido..pukul 5 pagi aku dah bangun nak prepare sandwich. mana la tak lambat. prepare pulak tu smpai 2 bungkus roti jumbo. memang la tak larat. kitaorg bertolak dengan bas persiaran, nasib la basnya elok dan selesa. kitaorang sampai di Melaka lebih kurang Pukul 3, dan berhenti makan tengah hari di R&R Air Keroh. Hotel Bidara Puteri tempat kitaorang menginap, hotelnya boleh tahan la, memandangkan hotel nie baru diambil alih dari owner lama. hotelnya tak la begitu menarik lagi tetapi bilik luas dan selesa.
Bermacam-macam aktiviti yang dijalankan. Pada pukul 5 petang pihak hotel telah mengadakan telemacth bagi semua orang, tidak kira yang kecil atau pun dewasa. semuanya merasa bermain dengan gembira. lepas tu pada malamnya pulak diadakan acara barbeque, cabutan bertuah dan penyampaian hadiah. semua orang pun dapat hadiah , adil la tu. selepas tu ada acara karaoke.
Keesokan harinya tempat pertama yang kami pergi ialah eye of Malaysia, tp skrg nie aku rasa dah jadi eye of melaka la sbb terletak kat melaka. bagi aku tak la gayat mana pun dan tak la tinggi mana pun, kemudian kitaorang berjalan di sekitar bandar Melaka, antara tempat yang kami pergi ialah Menara Taming Sari, menaiki bas double decker ( tak dapat naik kat london kat melaka pun jadi la) muzium kapal dan shopping disekiran kawasan tersebut, Kota A famosa aku tak pergi sebab cuaca panas sangat dan aku takde mood nak melawat sebab baru 7 bulan aku lepas aku dah datang dan melawat semua tu. lepas tu kitaorang balik hotel dan meneruskan aktiviti mandi swiming pool. anak aku yang demam tu pun nak mandi jg, sebab dia pantang nampak air tak kira la sungai ker laut ker tp yang paling dia suka swimming pool la..so bagi jer la dia remdam kaki dengan pelampong dia. Pada malam pulak kita orang pergi Night Safari dengan River Cruise.
Hari terakhir pulak pagi-pagi kami bertolak untuk bershopping ke Nilai 3. kami diberi masa sehinnga pukul 3 lepas tu, kami bertolak pulang dan smapi ke Kampar pada pukul 6 .30 petang.


Disini aku attachkan beberapa gambar semasa aku berada disana. aku tak dapat menangkap banyak sangat gambar kerana anak aku asyik memerap jer dengan aku dan taknak dekat papanya.

Talemacth bagi kanak-kanak

Talemacth bagi dewasa

Koleksi Kapal Potugis, Inggeris dan Model-model kapal
dan Peta Dunia & Asia Tenggara pada zaman dahulu

Thursday, March 12, 2009

Ujar Lelaki, Wanita itu Lemah.....

Ujar lelaki, wanita itu lemah
Ujar wanita, mereka adalah lembut
Antara lemah Dan lembut..... besar perbezaannya
Namun Ada yang tidak rela mengakuinya
Telah ditakdirkan ...
kerana lembut , wanita tidak gemar perbalahan..
Kecuali jika terpaksa,
Lalu wanita pun diam. Diam seolah-olah menerima...
Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan
Dalam diam ,wanita terus terusan bekerja
Di pejabat sebagai kerani...di rumah sebagai suri
Dari sebelum tercalit garis putih di subuh
Hari Hingga jarum jam tegak bertindih jari
Lelaki yang mengaku kuat ,
Celik Mata sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat...
Di kerusi malas longlai terlentang
Isteri dikatakan lemah...bergelut di dapur memasak
Suami yang mengaku gagah...
bersantai di hadapan TV tidak bergerak
Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak
Menyapu sampah,mengemas rumah yang berselerak
Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak
Berehat,menonton TV sambil tergelak
Dalam diam wanita dianggap lemah...
Terus berlumba dengan masa
Memandikan anak, melipat pakaian dan membasuh baju
Kakitangan semua digerakkan dengan laju
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu
Sebelum solat Magrib untuk sujud...
Menyembah yang Satu
Makanan dihidang selepas solat
Selesai kerja rumah,anak-anak diajar mengaji
Sedang suami tersandar semula seperti tadi
Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji
Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan
Lelaki terpelajar celik hati...
Ingin menghapuskan diskriminasi
Lantang membela nasib wanita....
Memberi kesedaran supaya segera bangkit
Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adab tradisi
Hukum agama telah terpapar
Tugas suami ........
mengemas rumah,
menjaga anak
Membasuh pakaian,
menyediakan makanan
Jika suami tidak terdaya melakukannya
Seorang pembantu wajar disediakan
Lelaki yang hanyut dalam keasyikan
Tidak mampu menerima perubahan
Rela bertahan bagaimana jua
Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati
Dalam diam
Wanita yang sering dianggap lemah
Meneruskan hidup dalam segala kekuatan
Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W,

Tuesday, March 3, 2009

2nd Year Birthday


Hari ini 2 Mac 2009 segenaplah umur anak aku 2 tahun.. seronok sungguh aku dah 2 tahun dah anak aku sekarang. dia pun dah semakin besar dan nakalnyer tetap maintain juga bahkan aku rasa dia semakin bertambah nakal lagi. semalam aku dgn husband bercadang nak celebrate kami bertiga jer, sebab majlis yang sebenarnya aku akan adakan pada 21 mac ini..memang macam tahun lepas la.aku celebrate besday anak aku mesti lambat skt. sebab nak tgu mak-mak sedarnyer balik bercuti, cuti sekolah.. so barulah meriah sikit. Dalam on the way kitaorg nie nak celebrate besday yasmin nie tiba-tiba mak mentua aku telefon..katanya mak sedara belah husband aku nie nak datang rumah, so teruslah cancel kitaorg nak celebrate bertiga, terpaksalah ubah rancangan lain dari nak beli kek yang kecik saje terpaksa la beli yang sedarhana. so dari nak makan KFC terpaksa la tukar makan sate. so aku dengan husband aku pun tapau la semua makanan-makanan tersebut, jadi kitaorg pun celebarate jer la kat rumah...dari nak sambut bertiga, bertukar menjadi ramai...nie ler gambar yang sempat aku ambik..