Showing posts with label Nur Auni Yasmine. Show all posts
Showing posts with label Nur Auni Yasmine. Show all posts

Thursday, September 3, 2009

Ragam Yasmine

Takde banyak bulan nie aku update blog aku...sebenarnya aku takde cerita yang hendak aku kongsikan bersama, takde cerita yang aku rasa menarik untuk aku coretkan dalam blog aku nie..
So aku ambik keputusan aku nak postkan gambar-gambar latest anak ku...anak kau nie susah sikit nak tangkap gambar..bila aku nak tangkap jer gambar dia , mesti dia lari...so mmg ssh la nak tangkap gambar dia nie..gambar yang aku dapat tangkap nie pun secara kandid kebanyakkannyer...mmg susah nak suruh dia duk senyap posing tuk tangkap gambar nie..
Kadang-kadang memang aku tension jer bila nak tangkap gambar dia...

Apa-apa pun anak aku dah besar dah...tapi dia tetap bahasakan diri dia adik...aku pun memag suka panggil dia adik...anak aku dah tau panggil nama aku..bila tanya nama mama apa.. dia aakan jawab farah tp pelat la..cam tu juga kalau tanya nama papa apa, dia akan jawab arif.. macam-macam ragam dah anak aku nie..asyik ajak aku g tesco jer...nak g jenjalan jer kejenya dia nie...buas tetap buas la..tu tak penah kurang pun...

kat sini aku attachkan gambar anak aku yang sempat aku tangkap...

Ni ais cream yang ke2 dia makan..dah habis satu berguling-guling nak lagi...

Orang sibuk nak tangkap gambar..dia sibuk dengan belon ultramen dia..

Ni jari nak wat peace tapi tak reti..so cam tu ler jadi jarinye..

Tuesday, March 3, 2009

2nd Year Birthday


Hari ini 2 Mac 2009 segenaplah umur anak aku 2 tahun.. seronok sungguh aku dah 2 tahun dah anak aku sekarang. dia pun dah semakin besar dan nakalnyer tetap maintain juga bahkan aku rasa dia semakin bertambah nakal lagi. semalam aku dgn husband bercadang nak celebrate kami bertiga jer, sebab majlis yang sebenarnya aku akan adakan pada 21 mac ini..memang macam tahun lepas la.aku celebrate besday anak aku mesti lambat skt. sebab nak tgu mak-mak sedarnyer balik bercuti, cuti sekolah.. so barulah meriah sikit. Dalam on the way kitaorg nie nak celebrate besday yasmin nie tiba-tiba mak mentua aku telefon..katanya mak sedara belah husband aku nie nak datang rumah, so teruslah cancel kitaorg nak celebrate bertiga, terpaksalah ubah rancangan lain dari nak beli kek yang kecik saje terpaksa la beli yang sedarhana. so dari nak makan KFC terpaksa la tukar makan sate. so aku dengan husband aku pun tapau la semua makanan-makanan tersebut, jadi kitaorg pun celebarate jer la kat rumah...dari nak sambut bertiga, bertukar menjadi ramai...nie ler gambar yang sempat aku ambik..

Wednesday, February 18, 2009

TeLatAH sI KeciL

Gambar semasa sedang bermain & besday setahun

Gambar semasa bercuti di Bukit Tinggi, Genting Highland & Cameron Hihgland

Tuesday, February 17, 2009

LANTERA HATI


NuR auNI YaSMinE

Inilah buah hati pengarang jatung aku. Sedar tak sedar nak masuk 2 tahun dah anak aku nie. Dialah pengubat hati yang lara, pengukuh hubungan aku dan husb.

Nur Auni Yasmine. Papanyer panggil auni tapi aku panggil yasmin. Itu lah panggilan aku pada anak aku nie. Anak aku nie memang seorang yang cergas dan aktif. dia nie memang seorang yang tak duduk diamnyer. kadang-kadang aku tak rasa dia mcm baby girl sebab ragamnyer macam budak lelaki.. sebab tu la kdg2 org tgk muka anak aku nie pun diorg kata baby boy...nak tergelak juga aku bila dengarnya..sebab kadang2 tu aku dah pakaikan dia skrit pun org igt dia boy. heran la aku. tapi apa-apa pun dialah penghibur aku dirumah.

memang penat nak melayan dia nie..