Thursday, April 30, 2009

To All My Frenz



Get Hugs-Graphics


Hello my frenz...I miss you all very much...
so i dedicated this hugs to all my frenz....
Sek Men St bernadette Covent...specially P6..
Uitm Seri Iskandar - bacth 2000-2003 - Office managemant & technology course
Ep Polymers Glenmarrie Staff
T&K Autoparts Subang Staff
JKN Perak
and to all my blogger...
May god Bless u n frenship 4ever

Wednesday, April 29, 2009

Buat lelaki yang bergelar suami

Tahukah kau wahai suami dan bakal suami?? Laki bini ini asalnya 2 individu asing yang saling tidak mengenali. Atas takdir tuhan dipertemukan dan aqad nikah telah menyatukan kita.
TAPI.......tahukah kau apa yang isterimu selalu lakukan untukmu dan fikirlah sejenak apa pula yang kau berikan untuknya...KALA kau tiada duit, bukankah magic david copperfield bila tiba2 kau buka wallet ada duit pulak di dalamnya, tahukah kau yang isterimu sentiasa curi2 membuka wallet untuk mengcheking "Ada duitkah suamiku?" TAPI Bila kau ada duit, wah! wah! kau siap boleh tanya lagi bini kau " Ada duit ke?" sedangkan itukan kewajipan kau untuk berinya nafkah?dasar laki kedekut...
TAHUKAH kau wahai suami, tiap2 malam isterimu akan terbangun dari tidurnya dan perkara pertama yang diingat ialah suaminya, lantas terus si isteri menjenguk suaminya di sebelah, di kucup dahi suaminya, diusap rambutnya, penuh kasih sayang dan belas kasihan TAPI yang kau berinya hanyalah dengkuran kadang2 siap kentut lagi..Cissss! !
TAHUKAH kau wahai suami, kalau kau balik lewat malam sampai jam 4-5 pagi atas alasan kerja atau kau suka2 nak lepak ngan kawan2 kena teh mcm kat rumah tak ada teh sampai bini kau yang dirumah tu tak lena tidur, selagi kau tak balik selagi tulah mata tak leh pejam TAPI yang kau tahu bersembang aje sampai pagi, langsung tak ingat bini, dahlah balik lambat esoknya selagi tak masuk Zohor tak reti2 nak bangun, dah bangun tahu nak makan aje...
TAHU tak kau wahai suami, setiap kali isteri mu menggosok bajumu apa yang sentiasa terlintas di fikirannya ialah "Handsome tak laki aku bila pakai baju ni?" Tapi kau bila dah hansome sikit mula hidung tinggi nak mengorat lagi...dasar! Tahu tak kau wahai suami, isteri tu tak mintak banyak, cuma pujilah dia sekali-sekala, peluklah dia setiap pagi dan malam sebelum tidur (peluk yang setakat pelukan sayang sahaja..bukan dengan harapan dapat "apa-apa", hadiahkanlah dia sekali-sekala walaupun setakat coklat sekeping, picitlah bahunya sekali-sekala dan kalau nak tidur tu, selimutkanlah dia, sebab sebenarnya, bini tu selagi laki dia tak lelap mata dia hanya tidur2 ayam sahaja...
SATU LAGI, suami kalau korang nak tahu, sebaik sahaja saksi kata SAH!!!! tuhan tu telah kurniakan 6, 7, 8 sampai sejuta senses sebab itulah dia orang tahu korang buat apa kat belakang dia, tak yah guna spy...dia orang mesti tahu punya....


Moral of the story : Hargailah bini dan bakal bini korang, sebagaimana korang hargai kereta korang, motor besar korang,PS2 korang dan lain-lain. so kalau rasa diri tu masih tak ready lagi...pikir pikirlah... belajar bagi ready!

Tah apa-apa tah...


Kadang-kadang aku rasa hidup aku nie sunyi jer...aku selalu termenung memikirkan perjalanan hidup ku ini. aku banyak berpikir..tapi kadang-kadang tu apa yang aku fikirkan aku pun tak tau..kadang-kadang aku rindukan seseorang..seseorang yang pernah hadir dalam hidup ku seseorang yang suka hilang dan muncul dengan tetiba...aku rindu sangat padanyer...

sebenarnya banyak orang yang aku rindu..aku rindu zaman persekolahan aku dulu..zaman masa aku di university...aku rindu masa aku bersama-sama kengkawan aku. aku rindu semua lah.....

Andainya dapat ku ulang semula..suatu zaman yang bernama remaja..(teringat lak lagu dato khadijah ibrahim tu) boleh katakan aku akan sentiasa mengingati memori-memeori manis dan pahit aku bersama-sama kengkawan aku..aku rasa kengkawan aku nie amat penting dalam hidup..tanpa diorang hidup aku sunyi dan kosong. pada kengkawan aku nie lah tempat aku gelak ketawa..sedih, bermain dan bergumbira..pada diorang juga la tempat aku mengata dan mengutuk...he he he he....
aku rasa macam tak best jer ari nie..aku pun tak tau apa aku nak tulis sebenarnyar. sekadar memenuhi ruangan blog aku nie jer la..tapi aku tetap aku..happy go luck and ceria selalu..

cayaalahhhhh....

Tuesday, April 28, 2009

Korean Star Sketch


Aku masa bujang-bujang dulu minat betul drama-drama dari negara korea nie..maklum la masa tu memang tangah hot la drama-drama korean nie. sampaikan mak aku pun naik tension pasal aku dengan kakak aku nie asyik tengok drama korea nie jer. Pantang ada duduk depan tv. drama korealah yang aku akan tonton. maklumla kisah percintaan yang romantik dan jalan cerita yang meyentuh hati dah perasaan banyak diselitkan dalam drama-drama tersebut. yeala masa tu kan aku tengah remaja lagi..kisah cintan cintun tu memang la menjadi kesukaan aku kan. yea la romantik giler dan hensem-hensem hero-hero dalam drama tu kan. sampaikan aku tangkap lentok la dengan mamat-mamat korea nie.

Bila aku dah kawin, aku macam kurang sangat dah menonton drama-drama korea nie. yea la drama dari sana pun makin suram jer di setiap channel tv. tapi aku tetap meminati hero-hero dari sana. sampaikan aku siap print gambar artis-artis dari sana untuk dilekatkan di meja pejabat aku. masa aku mengandung aku selalu tengok wajah hero drama winter sonata dgn artis-artis yang lain la. masa anak aku lahir dulu pun mak aku cakap anak aku muka macam korean jer..he he he penangan tgk gambar diorg la tu..kat sini aku attachkan gambar sketch yang aku dapat..sebab gambar-gambar nie lah yang melekat di meja aku.....


Thursday, April 23, 2009

P6



Get FriendShip-Graphics



Saat-saat ini aku rindukan teman-teman persekolahan aku. Semasa aku tingkatan 4 dulu sek. men st bernaddette's covent batu gajah, aku ada group aku sendiri. kiranye klik kitaorg la..semuanya ada 6orang dan kami gelarkan kumpulan kami ini P6(P six) sebabnya sempena kelas kami kelas Perdagangan dan 6org ahlinya. Kawan-kawan aku tu ialah Ina, Umie, Rafizah, Jaja, Falizah dan aku sendiri le. Kitaorang nie kiranya mmg rapat la..bersaing dalam pelajaran dah semestinya. aku rindu korang semua..sebab tu la aku macam teringat nak citekan pasal kita dalam blog kesayangan aku nie. Aku paling rapat sekali masa sekolah dengan ina..memang dengan dialah aku selalu kesan kemari berlumba basikal, ke pekan, ke mana sajalah. geng lain pun ikt la jg..tp inalah paling rapat dengan aku..kitaorang walaupun satu geng, gaduh tu tetap adalah jg..standard la tu kan. Bila tamat jer SPM aku still contact geng-geng aku ni. akulah paling rajin sekali berhubung dengan geng-geng aku nie. Tapi yang paling sering aku contact ialah ina, umie dengan rafizah jer..yang lagi 2 orang tu aku kurang contact..bukan sebab apa aku cuma kurang ngam sgt dgn diorang. lagi pun asyik harapkan aku jer yang nak berhubung dengan diorang..diorang senyap jer.Aku rasa aku lebih rapat dengan ina dengan umi sekarang nie..dengan diorang la selalu aku juma..tak pun aku call.dengan ina paling banyak sekali aku kongsi cite aku.

Bulan Disember 2008 aku g bercuti dengan umie. benda nie memang aku rancang nak jumpa dengan ina dan rafizah..sebab diorang nie memang dah ada area sana. aku dengan umi stay kat hotel Dynasti. kitaorang berjanji nak jumpa kat The Mines Wonderland. malam tu kitaorang pun berjumpa..punya la seronok lau dah jumpa tu.bukannyer apa rasa macam bujang la balik bila dah jumpa tu. yang husband masing-masing pakat jaga anak la..kitaorang nie diberi peluang bersembang la..apa lagi seronok sakan la.macam-macam cite la yang keluarnya. teringat balik zaman sekolah-sekolah dulu..member-member lama.cite-cite lama dan baru..semua la ada..
kat sini aku attachkan beberapa gambar semasa aku berjumpa dengan diorang dulu.. weiiii aku rindu kat korang tau........

Tuesday, April 21, 2009

Bz nyer......

Lamanyer.....aku tak update blog aku nie...terasa sunyi jer blog aku nie. bukannyer apa..aku sibuk la sekarang nie..dengan kerja dah bertambah..dah la tu asyik g kursus jer..sampaikan takde sempat nak update blog aku nie..yea la 3 minggu lepas aku g kursus kat teluk dalam selama 4 ari.. balik dari Teluk Dalam kerja seminggu jer lepas tu kena g kursus balik kat Langkawi...4 hari juga aku berkursus. Dalam gap seminggu tu tak sempat mana pun aku nak buka blog aku...yea la dengan kerja yang menimbun nie pening kepala aku bila tengok meja penuh dgn keje yang hendak di buat. sebenarnyer banyak jg benda yang aku nak masukkan dalam blog aku nie..
tapi aku tertinggal la usb kat rumah mak aku..so esok jer la aku masukkan cite-cite baru...
rindunyer aku kat blog aku nie..........