Thursday, April 23, 2009

P6



Get FriendShip-Graphics



Saat-saat ini aku rindukan teman-teman persekolahan aku. Semasa aku tingkatan 4 dulu sek. men st bernaddette's covent batu gajah, aku ada group aku sendiri. kiranye klik kitaorg la..semuanya ada 6orang dan kami gelarkan kumpulan kami ini P6(P six) sebabnya sempena kelas kami kelas Perdagangan dan 6org ahlinya. Kawan-kawan aku tu ialah Ina, Umie, Rafizah, Jaja, Falizah dan aku sendiri le. Kitaorang nie kiranya mmg rapat la..bersaing dalam pelajaran dah semestinya. aku rindu korang semua..sebab tu la aku macam teringat nak citekan pasal kita dalam blog kesayangan aku nie. Aku paling rapat sekali masa sekolah dengan ina..memang dengan dialah aku selalu kesan kemari berlumba basikal, ke pekan, ke mana sajalah. geng lain pun ikt la jg..tp inalah paling rapat dengan aku..kitaorang walaupun satu geng, gaduh tu tetap adalah jg..standard la tu kan. Bila tamat jer SPM aku still contact geng-geng aku ni. akulah paling rajin sekali berhubung dengan geng-geng aku nie. Tapi yang paling sering aku contact ialah ina, umie dengan rafizah jer..yang lagi 2 orang tu aku kurang contact..bukan sebab apa aku cuma kurang ngam sgt dgn diorang. lagi pun asyik harapkan aku jer yang nak berhubung dengan diorang..diorang senyap jer.Aku rasa aku lebih rapat dengan ina dengan umi sekarang nie..dengan diorang la selalu aku juma..tak pun aku call.dengan ina paling banyak sekali aku kongsi cite aku.

Bulan Disember 2008 aku g bercuti dengan umie. benda nie memang aku rancang nak jumpa dengan ina dan rafizah..sebab diorang nie memang dah ada area sana. aku dengan umi stay kat hotel Dynasti. kitaorang berjanji nak jumpa kat The Mines Wonderland. malam tu kitaorang pun berjumpa..punya la seronok lau dah jumpa tu.bukannyer apa rasa macam bujang la balik bila dah jumpa tu. yang husband masing-masing pakat jaga anak la..kitaorang nie diberi peluang bersembang la..apa lagi seronok sakan la.macam-macam cite la yang keluarnya. teringat balik zaman sekolah-sekolah dulu..member-member lama.cite-cite lama dan baru..semua la ada..
kat sini aku attachkan beberapa gambar semasa aku berjumpa dengan diorang dulu.. weiiii aku rindu kat korang tau........

No comments:

Post a Comment