Monday, February 16, 2009

BALI

BALI - INDONESIA - 14/06/2006

Ini ler first time aku menjejak kaki ku ke negeri orang. Gementar tu jgn kata. tapi seronok betul melawat negeri org nie. Macam-macam kita dapat lihat. Bali ialah destinasi honeymoon aku. Wah bestnyer bila dah sampai sini. mmg betul penduduk disini ramah-ramah belaka. so takde la rasa takut sgt. First time aku naik kapal terbang di LCCT , perjalanan dr LCCT ke lapangan Denpasar mengambil masa 2jam setengah. lama ler jg. Mula-mula naik tu rasa ler takut. mana ler tau tiba terhempas ler pulak. ha tak pasal jer masuk berita lak nanti. Tapi masa aku pergi dulu byk jg ler couple yang pergi honeymoon masa tu..so mcm best ler lagi. kat Bali nie macam-macam la tempat yang aku lawati. Tapi yang paling bestnyer aku dapat merasa scuba diving nie..wah best betul..cantik sungguh pemandangan dalam laut nie, siap bagi makan ikan lagi...lepas tu malamnyer lak aku makan lobster. mmg sakan la aku rasanyer bercuti disini..mmg ini pengalaman yang tak dapat aku lupakan. macam-macam la tempat yang aku lawati. hampir keseluruh bali la aku melawat. Aku harap suatu hari nanti aku berkesempatan untuk melawat kesini lagi. pantai yang cantik sentiasa mengamit kedatangan orang ramai. Boleh dikatakan pelancong mmg sentiasa memilih bali sebagai tempat percutian kerana bermacam-macam aktiviti yang boleh dilakukan disini terutamanya yang gemar surfing, pada waktu senja pula, boleh melihat matahari terbenam. mmg cantik suasana di Tanah Lot sewaktu matahari terbenam. Disamping ombak yang sentiasa menghempas pantai seolah-olah mendamaikan jiwa dan perasaan.



1 comment: