Friday, September 4, 2009

Setiap Wanita Itu Cantik

Allah berfirman:

'Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa.. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan '


'Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya '

'Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh'

'Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya'

'Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya '

'Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu'

'Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan.'

Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.'

'Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya..'
tempat dimana cinta itu ada.'

Thursday, September 3, 2009

Ragam Yasmine

Takde banyak bulan nie aku update blog aku...sebenarnya aku takde cerita yang hendak aku kongsikan bersama, takde cerita yang aku rasa menarik untuk aku coretkan dalam blog aku nie..
So aku ambik keputusan aku nak postkan gambar-gambar latest anak ku...anak kau nie susah sikit nak tangkap gambar..bila aku nak tangkap jer gambar dia , mesti dia lari...so mmg ssh la nak tangkap gambar dia nie..gambar yang aku dapat tangkap nie pun secara kandid kebanyakkannyer...mmg susah nak suruh dia duk senyap posing tuk tangkap gambar nie..
Kadang-kadang memang aku tension jer bila nak tangkap gambar dia...

Apa-apa pun anak aku dah besar dah...tapi dia tetap bahasakan diri dia adik...aku pun memag suka panggil dia adik...anak aku dah tau panggil nama aku..bila tanya nama mama apa.. dia aakan jawab farah tp pelat la..cam tu juga kalau tanya nama papa apa, dia akan jawab arif.. macam-macam ragam dah anak aku nie..asyik ajak aku g tesco jer...nak g jenjalan jer kejenya dia nie...buas tetap buas la..tu tak penah kurang pun...

kat sini aku attachkan gambar anak aku yang sempat aku tangkap...

Ni ais cream yang ke2 dia makan..dah habis satu berguling-guling nak lagi...

Orang sibuk nak tangkap gambar..dia sibuk dengan belon ultramen dia..

Ni jari nak wat peace tapi tak reti..so cam tu ler jadi jarinye..

Friday, August 21, 2009

Salam Ramadhan....

Sedar tak sedar esok 22/08/2009 - Sabtu bermulalah satu lagi perjuangan kita dalam menempuhi bulan yang penuh rahmat dan cabaran..Bulan Ramadhan...sempena kunjungan bulan yang mulia nie sama-samalah kita menambahkan lagi ibadah dah mencari keredhaan Allah.. Semoga Ramadhan kali nie memberikan seribu rahmah dan hidayah kepada aku...

Salam Ramadhan buat member-member yang ku kasihi...ina, umie, rafizah, jaja, falizah, yana..linda..ita..mas..atun...ikeen...eddy...xmen...kayriel..iwan..razak...office mate dan lain-lain member yang aku tak sebutkan nama..tak lupa jg buat family tersayang....semoga keberkatan mengiringi setiap langkah kalian....amin..amin...

Konvokesyen USM Penang


Minggu lepas 13/08/2009 aku berserta mak abah, adik dan family kakcik aku berangkat ker USM penang untuk menghadiri konvo akak aku yang sulung...akak aku graduate usm dengan kepujian bagi course sastera...Sekalung Tahniah buat kakak aku yang tercinta..syabas kerana telah berjaya dengan cemerlang dalam pelajarannyer...akak aku nie seorang cikgu di sekolah teluk Pulai..so lepas nie naik gred lagilah kakak aku nie....dah naik gred tu naik ler gajinyea... so apa lagi lepas nie leh la aku pau kakak aku skt duit...kuang kuang kuang.....

Aku ambik cuti pada hari tersebut..memandangkan sesi penyampaian skroll tu sebelah petang maka aku bersama family aku bertolak la pagi dari batu gajah...kitaorang naik satu kerete jer pun..kereta kakak aku..toyota innova..kita orang sampai dekat2 kul 12..dah la kena parking jauh yea la..sbb terlampau ramai orang...so beramai-ramailah kitaorang jalan kaki...abg ipar n kakak aku cari parking dekat skt..yeala kakak aku kan peknen mana larat nak jalan jauh-jauh...

Dalam dewan konvo tu mak, abah, adik pompuan aku n kawan serumah akak aku jer yang masuk..aku dgn kakcik duduk kat luar jer...ada skrin besar dlm bilik kuliah untuk tontonan keluarga-keluarga yang lain....nama akak aku nak dekat hujung-hujung dah...yea la 600 lebih gradutenye sampai lenguh la dekan tu..bila hbs jer, jalan dah terhingut-hingut sebab lenguh berdiri...lebih kurang dalam pukul 5 baru hbs konvo akak aku..igtkan lepas tu blh balik hotel la..rupa-rupanya singgah jap kedai gambar kat depan usm tu nak tangkap gambar studio lak... lepas tu beramai-ramai tangkap gambar kat depan pintu usm....melaram hbs la semua...
Lbh kurang kul 8 kitaorang sampai hotel.. kita orang menginap di hotel Tabung Haji bayan lepas.. memang cantik biliknya..harganya pun murah..berbaloi la...
disini aku paparkan keletah-keletah kitaorang semasa di penang dulu...

Mak, Abah, Huda n anak aku...

Aku n Hubby

Kakcik Family



Gambar di depan pintu USM

Nie baru ler dapat tangkap gambar aku hubby n anak aku..

Wednesday, August 12, 2009

Mee Banjir Udang

Lepas aku balik dari bukit merah tu aku and husba singgah la kat kuala sepetang untuk menikmati mee udang yang tengah famous sekarang...mula jer dari simpang nak ke kuala sepetang tu dah ada banyak banting2 kedai mee banjir udang..sampaikan tak tau la nak g yang mana satu...

Aku singgah la kedai mee banjir udang yang masuk majalah3 tu..punyalah la ramai orang.. sampaikan ada yang kena tunggu sebab tempat semua dah penuh...sejak masuk majalah3 tu kedai tu sentiasa dipenuhi orang..kedai mak teh nie pub dah dibesarkan...aku pun apa lagi order la satu mee banjir undang dan husb aku order nasi goreng udang...mahal la juga harganyer... dia tya sama ada nak udang laut atau udang kolam..dan ttu la aku pilih udang laut... sepinggan RM10 untuk udang laut dan RM8 untuk udang kolam...

5minit lepas tu sampai la mee udang yang aku tunggu2kan selama nie...udang ada 10ekor jer..takde la besar sgt pun..tak fresh pun...dan aku rasa mee banjir udang dia tu takde la sedap sangat pun..nasi goreng dia pun kureng rasanyer.... aku tanya pakcik aku yang tinggal kat taiping tu..dia pun ckp kedai tu tak berapa sedap sgt..ada kedai lain yang lagi sedap..so aku n husb aku decide akan g cari kedai lain lak lepas nie...so aku attachkan la gambar mee banjir udang yang masuk majalah3 tu.....


Mee Banjir Udang



Nasi Goreng Udang




Team Building Course

Minggu lepas unit perubatan tempat aku nie mengadakan kursus team building kat Taiping Golf & Country Resort 3 hari 2 malam.. 7 hb Aug - 9 hb Aug 2009..Timbalan kitaorang mmg suruh bawa family sekali sebab setiap orang diberikan satu bilik. so husb aku pun cuti la ari jumaat lepas sbb nak ikut aku g kursus..

Pagi Jumaat tu aku kena kerja sekerat hari..lps kul 12.15tgh aku pun balik siap2 nak g Taiping...Tapi aaku bertolak lambat juga dari rumah sebab baju aku memang tak packing lagi..so ambik masa la juga..lepas sembahyang jumaat tu husb aku siap2 kemas barang dan lebih kurang kul 4.00ptg aku bertolak dari rumah...aku sampai sana lebih kurang 5.30ptg..terus aku check in..
Penat sungguh aku kursus kali nie yea la..kelas dgn dewan makan jauh dari bilik..kena bawa kete lak nak g sana..anak aku lak asyik menangis nak ikt aku..smpaikan aku nak masuk kelas pun tak boleh..dah la tu kelas memang pack sangat..yasmin memang meragam jer la..samapaikan husb aku tak blh nak handle dia dah...

Pada hari sabtu kul 4.30 ptg kitaorang bergerak g main bowling kat Taiping Bandaran...main la satu game...suka2 tuk family..semua orang turut terlibat la...

last day lak kitaorang ada ala2 explore race dari hotel ker bukit merah lake town resort.. yea la..acara terakhir kitaorang ialah aktiviti riadah bersama keluarga...samapai sana kita org buat la aktiviti yang boleh dilakukan..melawat pulau orang utan..melawat eko park..naik chair lift ..and apa lagi..mandi manda la...gambar memang aku tak byk snap..susah la ..min lak susah lak nak tangkap gambar..nak main jer...

Bukit Merah Lake Town Resort


Monday, July 27, 2009

Taklimat

esok aku ada taklimat di Acc hospital Ipoh...mesti boring betul..dari kul 8.00 smpai 5.30 lak tu..mesti boring n mengantuknyer...malas btl la nak g dengar taklimat nie...